Sunday 19 July 2015

Jalan-jalan Rome - Bahagian 1

Rome Part 1 : 4 - 5 Jun 2015

Ketibaan di Rome memang tragis.. hahaha!


Pertama kali setelah 2 kali menggunakan Easyjet yang tepat masanya, akhirnya kali ni flight delay. Patut sampai jam 10, jam 12.30 malam baru touchdown di Fiumicino Rome. Jenuh menunggu dalam barisan kat Amsterdam. Kesian budak-budak. Lembik. Dari berdiri tegak kemudian menjulur, dari menjulur terus duduk atas lantai. Haikal je maintain macho tak nak duduk. Nanti tak hensem.

Dah tiba tu begasi delay pulak. Sampai ada passenger yang mengamuk. Tapi aku tak faham apa yang diamukkannya sebab dalam bahasa Itali... Memang kecoh ler jerit jerit. Rasanya mesti family dia dah tunggu berjam-jam dari 10.30 malam tu. At last jam 3.30 pagi baru kami dapat ambik beg. Memang patut pun orang tu mengamuk!



Tunggu beg. Masa ni masih belum ada adegen mengamuk. 
Muka Khadija dah kepenatan
Plan asal aku memang tidur kat airport, tapi di surau. Sebab menurut seorang kawan sepejabat ku, di Rome Fiumicino ni memang ada 'prayer room'. So selamat ler kami anak beranak tidur kat situ... dapat la baring dan hilangkan ngantuk sementara menunggu pagi.

Nak dijadikan cerita, bulan Mei lepas ada kebakaran kecil di airport ini dan Terminal 2 ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja pembaikan. Termasuklah surau 'harapan' aku tu! Oh no!! Maka, kami anak beranak tidurlah atas kerusi dengan keadaan sejuk dan penat dan tidak selesa.... Kesian budak-budak.. tapi kalau aku masuk hotel pun, rugi sangat sebab dalam 4 jam je kami akan berada di situ lepas tu dah nak keluar... huhuuu....


Maka, tidurlah kat airport anak beranak. Pengalaman! Memang tak boleh lena sangat. Tunggu sehingga jam 7.30 pagi, akhirnya kami bergerak keluar dari airport untuk ke Termini.


 Cuaca tengahari adalah 33 darjah celcius you!

 Menggunakan Leonado Express untuk ke Termini


Sesampai di Rome Termini, masih awal. Check in di apartment adalah jam 2.30 petang - jadi kami simpan beg dulu. Jika di Amsterdam dan Zurich penyimpanan begasi adalah secara kendiri, di Rome ianya diuruskan secara manual. Kita hanya perlu meletakkan beg di 'scanner' dan kemudian pekerja di situ akan mengambil dan melabelkan beg kami. 6Euro untuk 1 beg sehingga jam 2 petang. Boleh lah, Kami ada 3 beg!

Sementara menunggu giliran untuk scan begasi.

Di Roma Termini, membeli tiket metro dan mencari maklumat di Tourist Information


Then kami berjalan. Plan asal aku - hmmmm.. Plan aku memang semua tak boleh pakai! Kami berjalan meyusuri bangunan Termini tanpa sebarang tujuan melainkan nak isi perut dan akhirnya di sapa oleh seorang pekedai di situ "Assalamualaikum".. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan kami. Terus je masuk kedai dia dan order sarapan. Kecil sahaja kedainya. Pekerja dari Bangladesh yang sudah 8 tahun di Rome. Dengan dia juga lah kami bertanyakan arah ke apartment kami "Re de Roma", dan dia begitu membantu tanpa berkira menggunakan internet di telefonnya. Syukur... semua orang yang kami mohon pertolongan sangatlah membantu.


Hehee.. ni je gambar kat kedai Bangladesh tu.. 
Walaupun expressi ku oh buruknya, tetap kenangan!
Setelah kenyang, kami meneruskan perjalanan untuk bersiar-siar di kota Rome. Malas nak pening, kami beli sahaja tiket Hop On Hop Off (HOHO) yang banyak di jual di kiosk sekitar Termini. Harga aku dah tak ingat. Boleh tengok website Green Line Tours. Rasanya sekitar 60Euro untuk kami berlima. Persinggahan pertama kami adalah di Colosseum. Waduhh, panasnya bukan kepalang di Rome ni. Memang sangat tak selesa sekali berjalan kat sini. Mood nak berwisata pun ke laut. Akhirnya sekadar ambil gambar alang-alang dah sampai dan ceriakan anak-anak dengan ais krim.


Belakang gerbang tu adalah Colosseum. 

 Sebelah kanan Colosseum sebelah kiri Fountana del Colosseum. 
Panas terik ni!

Mood bergambar budak-budak ni semua ke laut.

Semua dah tinggal baju 'dalam' (inner) je

 Along je la sanggup ambik gambar kat sini

Perasaan kami masa ni, Colosseum itu bangunan batu buruk sahaja, tiada nilai sejarah padanya - dek kerana panas! 
Rugi tambang mak dan tiket HOHO nak! 
Jauh kita sampai ke Itali tau.


 Kesian Khadija asyik nak hotdog. Aku hanya belikan 
air mineral dan aiskrim sahaja.

 Memang aiskerim sahaja pengubat hati yang lara
Selalu budak-budak ni pantang tengok FM.. tapi semua orang 
tak de mood nak memilih dan membeli. Bila tengok balik, 
murah jugak dah ni. Rugi tak beli.
Si Haikal photobomb dengan aiskrim. 
Muka dah nampak hangus!

Kami hanya 'menikmati' Colosseum dari tempat ini sahaja. 
Tempat yang teduh yang tidak bergitu sesak dengan 
pelancong lain.


Aku cuba mengajak mereka ke kawasan sebelah Colosseum tu 
(Fontana del Colosseum), tapi akhirnya kecundng di tepi 
pagar besi ini..  Puteri berdua dah menyerah kalah. 
Pencarian tempat teduh. 


 
Pencarian tempat teduh. 

Gambar terakhir sebelum meninggalkan Colosseum. 
Haha ini barulah satu kenangan manis buat aku 
di Colosseum ini! 
Beg tu sedikit kacau lah.


Tak lama pun di sini. Meneruskan perjalanan dengan HOHO kononnya nak pegi Trevi Fountain la, Spanish Steps la... hampehh... Dah naik bas tu, semua malas nak turun. Sofea dan Khadija memang dah tidur terus dan Haikal pun dah tersengguk-sengguk. Ni semua kesan dari tidur kat airport semalaman. Ok, memang hari ni bukan hari untuk berjalan - kami habiskan tour HOHO dari atas bas sahaja tanpa turun mana mana lagi.

Kakak dah tak dapat tahan mata. Dapat seat kat tingkat atas bas.. nyaman rasanya dapat angin dari luar (bahagian atas hanya berbumbung tanpa bertingkap)
Aku sendiri tak kisah dah mana bas tu bawak dan apa 
nama bangunan-bangunan ni.. Main snap je dari atas bas. 
Dah balik rumah baru aku google. Ooo... Rupanya ni 
bangunan St Peter's Basilica, Vatican Rome. 
Dah sampai Vatican rupanya.. hehe...
Dari Google
Mungkin bangunan yang sama tapi dari sudut yang berbeza. 
Castel Sant'Angelo. Hmm.. tak rugi pun kalau tak turun kan :-)
Lagi bangunan bersejarah di antara bangunan moden
Menara yang tinggi. Apa apa pun aku ambik je gambar. 
Ada dari tiada langsung.
Akhirnya kami patah balik ke Termini, dan cari kedai untuk makan tengahari. Rupanya di hadapan Termini punya la banyak kedai halal, boleh dikatakan sepanjang bangunan tersebut adalah kedai yang di usahakan oleh orang-orang Bangladesh. Kami masuk tanpa ragu. Khadija menempah ayam goreng yang telah lama diidam-idamkan. Aku memesan spageti dan pizza ayam. Along, Haikal dan Sofea - nasi briyani.  Leganya dapat makan nasi.. hehee..


Sepanjang bangunan ini adalah kedai halal.

 Banyak pilihan menu halal. Tapi sayang - Walau di Itali, rasa 'mamak'nya tetap ada!

Orang yang mengantuk dan penat.
Spageti aku kena kidnap dengan Khadija. Spageti ni 
takde rasa Itali langsung. 
Rasa rempah! Aku sangat tak puas hati!

Selesai makan, kami ambil beg dan menuju destinasi terakhir hari ini - Apartment Claudio di Re De Roma. Syukur, dengan bantuan orang tempatan yang menunjukkan exit mana patut di ambil setelah tiba di Re de Roma, mudah sekali kami mencari apartment Claudia tanpa adegen sesat. Claudio pun dah standby di apartment menyambut ketibaan kami. Syukur ada lif!

Wanita yang baik hati membantu kami mencari exit yang 
betul di Re De Roma
Dah tak tahan sangat.... 
memang kaput budak berdua ni..
Bila Claudio dah selesai bagi penerangan dan beredar.. kami pun buat lah macam rumah sendiri... aku memang bersiap untuk masak.. budak berdua tu jumpa katil terus landing.... penat sangat dari airport tak tidur.



Tips: 
1. Ambillah peta dan apa-apa maklumat yang berkenaan di airport. Semuanya adalah percuma. Aku silap, lupa nak ambil, di Termini semuanya kena beli!
2. Bawalah bekalan air secukupnya sebelum ke Coleseum, sebab di sana air yang dijual adalah 2-3 x ganda!
3. Do your homework! Jangan jadi macam aku.. semuanya last minit nak pegi mana dan dah sampai mana pun tak tahu!

Bersambung : Rome Part 2

0 comments:

Post a Comment