Monday 14 November 2016

Ho Chi Minh - Off the beaten path - Part 2~

Day 2:


Hotel ni sediakan sarapan pagi di tingkat 5, cuma kena pergi ke City Hotel No35 (seberang jalan je). Kami order pancake dan tuna sandwich. Masa breakfast, ada satu keluarga Cina dari Klang sama-sama bersarapan dengann kami. Aku suka bila kita jumpa sesama warga Malaysia di luar negeri, selalunya keramahan tu lebih terasa. Kalau kat Putrajaya ni kita jumpa masa makan, tiada sapa pun yang nak bertegur sapa, kan....


Selepas sarapan yang sangat-sangat mengenyangkan, kami bertolak keluar. Agenda hari ini aku nak sambung cari supermarket, sebab rempah yang aku nak tak jumpa lagi.. dan untuk ambik gambar di Riverside.


Riverside





Fuh penat juga berjalan dari hotel! Dah la aku lupa nak bawak peta yang dah siap print! Dah la nak masuk zohor (11am)! Memang merengek la sorang-sorang tu! At last, halfway tahan teksi tunjuk gambar - teksi hantar. Hek eleh, dah dekat rupanya, baru RM3 je tambang

What is there? 
Hmm... Pemandangannya biasa-biasa sahaja, ada juga sedikit sampah dalam sungai.. kawasan tepi sungai tu ada kerusi, tempat teduh, kalau nak rehat-rehat boleh la. Tapi mungkin masa kami pegi dia tengah renovate, jadinya kawasan tu nampak tak terurus. Bagi aku, cantik lagi Riverside Kuching :-)
Tapi untuk ambik gambar, kawasan di sini dikelilingi bangunan yang cantik-cantik, memang sesuai untuk photoshoot.


Gambar dari Google
Review Aku:
Sepatutnya aku ambik jalan "dalam" - bukan jalan luar iaitu jalan besar. Bila menggunkan jalan besar, banyak terlepas pandang kedai-kedai tepi jalan yang lebih menjanjikan pemandangan yang lebih menarik dan kawasan teduhan dari panas terik mentari yang memancar! Sebab tu anak-anak aku semua lembik dan cepat penat dan moody. Kalau bawa budak kecik pasti dah meragam !
Tempat ni lebih sesuai untuk berjalan secara santai di waktu petang - lebih sejuk. Mungkin dengan kombinasi strategi berjalan dan waktu yang tepat, pengalaman ke Riverside ni boleh jadi sesuatu yang menarik - bangunan yang cantik-cantik - Riverside Hotel,  Majestic Hotel, Bank "Negara" Vietnam, Dataran City Hall - sesuatu yang berlainan dari pemandangan di kawasan Pasar Ben 10.

Hala balik, kami jalan kaki melalui kedai-kedai dan secara tak sengaja, tersinggah Huram Juice Cafe di depan Bangunan Bitexco (sebab nak replenish masing-masing dah hampir kaput ni). Seronok pegi cafe ni, sebab ada aircond :-) dan ada kusyen boleh peluk-peluk! Harga - hmm... macam harga di Boost Juice ya, maklumlah ada aircond kan!






Bila semua dah nampak 'hidup' skit, we ols sambung jalan sampai balik hotel. Tak jauh pun rupanya! Aduyai :-) 
Solat, hemah diri dan rehat sekejap. Sempatlah Pakcik Mie tidoq berdengkur dalam sejam.

Petang - Agenda Pakcik Mie

Ambik teksi ke Cucuta Cafe/TuliCoffee. Jauh juga, tambah dengan heavy traffic, kena bayar tambang RM10. Bila fikir balik, murah dah RM10 tu kan..!



 






Cantiknya kedai ni! Aku suka! Ambiance nya sesuai untuk rehat + santai + dating. hehehe. Kalau time bercinta aku suka kalau Pakcik Mie bawa aku minum-minum lepak kat sini! Romantik rasanya! Hahahaaaa!

Kami order Chocolate Mint, Milk Coffee, Mint Coffee dan Bluberry smoothie. Semuaya sedap! Berbaloi mahal skit dan pegi jauh pun!

Dari TuliCoffee, kami berjalan ke Nomad The Cafe. Kawasan yang sama je tapi kena jalan masuk ke dalam skit untuk sampai. Cafe ni macam dalam hutan je aku tengok. Ambiancenya tak berapa kena dengan aku - suram, kelam.. Dah tu masa masuk ke ofis dia untuk tengok buku dia just pasang lampu mentol zaman 80an, malap sungguh! Tak berkenan aku! 

Oleh kerana Pakcik Mie hanya nak beli note book tu je, aku tunggu kat luar. Dapatlah budak bertiga ni note book sorang satu. Hadiah dari Abah :-)




Hala balik, ambik teksi. RM10 juga.

Kami singgah lagi ke Takashimaya untuk final shopping. Pakcik Mie beli grounded local coffee (memang dah terkena coffee curse dah ni) dan aku memborong sebanyaknya (2 troli kecik je) kerepek nenas dan kerepek campur sebagai hadiah pada kawan-kawan dan jiran-jiran dan family nanti

Bersambung di Part 3~
 

0 comments:

Post a Comment