Monday 28 September 2015

Jalan-jalan Paris - Day 2 DISNEYLAND PARIS - Tips & Tricks!

Agenda hari ke-2 di Paris adalah DISNEYLAND! Ini memang yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak! Kononnya nak bertolak awal pagi... dan nak mengejar first ride dan beratur untuk ambik Fast Pass..

Hampagas semuanya... kami bangun agak lewat dan hari dimulakan menjelang tengahari...  Agak merugikan kerana akhirnya, kami hanya dapat naik 4 rides di Disney Studio dan 1 ride di Disney Park. Bersedialah untuk beratur selama 50 - 60 minit di setiap ride!

Tips Disneyland Paris
1. Belilah di website rasmi sahaja.
2. Untuk mendapatkan tiket murah, belilah tiket "low season". Di website rasmi Disneyland ada memaparkan "restriction date". Pada tarikh tarikh tertentu harga adalah lebih murah.
Harga Jun 2015: 1 day two parks MINI Tickets -  Euro 62 utuk dewasa dan Euro 55 untuk kanak-kanak.

3. Elakkan hari minggu atau hari cuti kerana harga tiket lebih mahal dan pengunjung lebih ramai. Perlu beratur lebih lama sama ada untuk bermain atau untuk membeli makanan.

4. Rancang perjalanan dengan baik - mulakan di awal pagi untuk mengoptimumkan masa sepenuhnya. Jika beli tiket untuk 2 taman tema... perlu bijak menguruskan masa.

5. Rebut FAST PASS terlebih dahulu sebelum beratur untuk mana-mana permainan! FAST PASS ini berada berhampiran di tempat permainan tersebut. Contohnya, FAST PASS untuk Ratatouille berada di hadapan 'Restoren' Gusteau yang berada di kawasan Ratatouille itu sendiri. Anda boleh bermain di mana-mana tempat dahulu dan kembali semula untuk masuk mengikut masa yang tertera di Fast Pass anda.Perlu ingat - Fast Pass adalah terhad! Sapa cepat dia dapat! Tips fastpas boleh di baca juga di sini .

6. Taman Tema Disney Studio tutup pada jam 5 petang, Sebaiknya mulakan lawatan di sini dahulu dan kemudian sambung ke Disney Park (Sekiranya anda membeli tiket untuk 2 taman tema). Perarakan watak-watak Disney akan bermula jam 6 petang, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perarakan!

7. Ambil risiko - Bawa makanan dan minuman. Selalunya kita akan berada di sini lebih dari 6 - 8 jam. Dalam tempoh tersebut, perlu sekurang-kurangnya 2 kali makan dan berkali-kali minum! Jika 'lepas' dari pemeriksaan, kita dapat menjimatkan masa untuk beratur membeli makanan (saya beratur selama hampir 30 minit untuk membeli makan malam!). Kemungkinan pemeriksaan hanyalah untuk senjata tajam dan merbahaya.. sebab rasa dia tak tengok 2x pun pada makanan yang dibawa..

Makanlah semasa beratur untuk bermain.. Jimat masa... Bekal seperti pisang, biskut, ketupat dan pulut senang untuk di makan. Saya juga membawa 4 botol air mineral, tetapi tidak mencukupi selama 8 jam di sana.. Tapi jangan malu-malu sila lah refill di toilet ya...


8. Masuk lah awal sedikit di Disney Park untuk bergambar di hadapan istana dan cari 'port' yang sesuai untuk perarakan. Orang ramai akan mula memenuhi /duduk bersila di kaki lima di sepanjang laluun perarakan untuk mendapatkan 'best view'. Jika kita di belakang, memang tak nampak apa-apa sebab mat saleh ni tinggi-tinggi. Kita berjinjing belakang depa pun tak nampak apa-apa! Kesian anak-anak kalau dah datang sini tapi tak nampak watak-watak istimewa ini. Pertunjukan bunga api juga bermula jam 10 malam (tak silap) tapi tak kuasa nak tunggu.. memang dah flat gila..

9. Kena standby untuk belanja jajan seperti aiskrim, gulale (cotton candy), crepes, muffin dan aiskrim lagi. Kenang-kenangan seperti keychain dan magnet juga tidak harus dilupakan!


10. Pakailah kasut sukan.. Anda akan menyesal seumur hidup kalau pakai sandal atau kasut bertumit.


Sebelum main apa-apa gambik gambar dulu
Tempat pertama di tuju untuk Fast Pass, 
tapi dah habis - ye lah tengahari baru sampai kan...
Ambik je gambar dulu walau kecewa Fast Pass habis.
Sila lah buat kira-kira harga aiskrim ni ya.... 
kami ulang 4 - 5 kali aiskrim sepanjang di sini

 
 Game pertama yang kami main... Crush Coaster... 
nasib baik best... Best giler!
terubat mood budak-budak ni lepas sejam menunggu

Pulut dan serunding daging kami makan sambil menunggu giliran ..
Barisan yang nampak macam pendek, tapi sebenarnya kat 
dalam macam ular berbelit-belit punya lah ramai orang...
Lepas tu lapar makan lagi lah apa-apa yang ada.. 
bekal bawak pun tak cukup..
Nak main ni pulak.

3 beradik ni beratur sendiri, kesian diaorang dekat 
sejam lebih baru dapat naik. Ibu dan abah tunggu kat 
tepi pagar ni je.
 
Lapar je manjang
Ok singgah kedai dulu sebelum bergerak ke 
Disney Park lepas ni.
Action je lebih tak beli pun.. mahal.. kami beli 
key chain dan magnet je.
Semua orang pun bergerak ke arah yang sama...Disney Park
Eh eh... sama lah orang Malaysia kat belakang tu... 
tapi tak tegur kita pun :-(
Kaki lima kedai semua dah kena booking.
Abang macho pakai beg bunga-bunga yang ibu jahit. 
Bravo Abang! Misi nak mencari makan malam. Masa ni 
semua orang lapar dan belakan dah habis. Cafe pun dah banyak kehabisan makanan. Doa je ada lagi rezeki kami masa ni...


Kesian budak-budak ni.. lama kena tunggu, sampai 
kena marah (mak bapak pun tipis imannya bila lapar 
dan penat ni).. baru dapat makan. Fries pun jadi lah 
janji dapat isi perut. Panjat window sill baru la nampak
 perarakan Disney.

Time ni mencabar nak cari port / tempat / tempat duduk. Sebab hampir takde ruang untuk duduk. Aku nekad je suruh Sofea dan Khadija panjat 'window sill' kedai makan dan berdiri di situ. Kalau tak kerana berdiri kat window sill, memang tak nampak lah Disney Parade tu. Untuk keselamatan, aku berdiri/bersandar di hadapan budak-budak ni. dapat lah diaorang secure makan sambil tengok parade dan bersandar kat aku... 

Kami balik lepas habis parade yang pertama ni. Tak larat dah nak tunggu pertunjukan bunga api sebenarnya. Lepas parade yang pertama tu baru lah dapat pusing-pusing Disney Park cari mainan apa yang boleh di main. Tenaga dan masa dah banyak habis di Disney Studio.. kat park ni macam kureng skit, mungkin sebab dah penat. Nasib baik masuk Alice in Wonderland, dapat la juga merasa 'quality park' kat sini.

Sampai di metro kawasan rumah, dah hampir jam 10, sedang elok dengar orang azan Isya dari dalam rumah/bangunan kat situ. Sememangnya kawasan yang kami duduk kawasan orang Islam, kedai-kedai makan pun banyak kedai Muslim (Gancourt). Kitaorang singgah beli pizza daging dan ayam untuk di makan di rumah. Yummeh.



Next: Paris Day 3











0 comments:

Post a Comment